Monday, August 17, 2009

KENAPA NAK BUAT QURBAN DI MINDANAO?

Pelarian perang di Mindanao
disenaraikan sebagai pelarian yang paling terabai berbanding
dengan pelarian di negara-negara lain di dunia pada tahun 2008.
(Norwegian Refugee Council-Internal Displacement Monitoring Centre, 2009)

300,000 pelarian masih lagi berada di kem-kem perlindungan.
Ketika perang di puncaknya kira-kira 600,000 orang menjadi pelarian.
(National Disaster Coordinating Council, 2009)

5 daerah di bawah Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM)
mempunyai kadar terendah hayat hidup, anak-anak bersekolah
dan pendapatan berbanding dengan daerah-daerah lain di seluruh Filipina.
Ianya juga mempunyai kadar buta huruf tertinggi.
(Philippine Human Development Report, 2008/2009)

Dari 1,000 kanak-kanak yang lahir setiap tahun di ARMM,
34 orang mati sebelum umur mereka 1 tahun
dan 50 lagi mati sebelum umur mereka 5 tahun.
(UN Office for the Coordination of Humanitarian Affair, 2009)

Lebih 375,000 penduduk (majoritinya umat Islam) telah mengalami
bencana banjir besar pada bulan Julai dan Ogos 2009.
Nilai kemusnahan lebih dari Php 1 billion atau kira-kira RM 80juta.
(National Disaster Coordinating Council, 2009)

Nota tambahan: Kajian terperinci yang dibuat oleh ACT Malaysia pada Julai 2009 ke atas 11 buah rumah anak yatim di daerah Cotabato City dan Maguindanao mendapati keadaan prasarana rumah-rumah anak yatim adalah sangat dhaif. Rata-rata mereka tidur di atas lantai tanpa tilam bantal yang sempurna dan tiada almari baju. Guru-guru dan pengasuh juga dibayar dengan gaji yang sangat rendah (RM 75-200). Di samping itu mereka juga terdedah kepada penyakit kerana mendapat sumber air yang tidak sempurna.

QURBAN FOR HUMANITY AND SOLIDARITY (QHS) - TAHUN KE 2!

Alhamdulillah pelancaran Qurban for Humanity and Solidarity (QHS) tahun ke 2 sudah dilancarkan bersama-sama dengan program Bantuan Iftar Ramadan (al-B.I.R.). Kami merasakan ianya harus dijalankan bersama disebabkan dekatnya kedua-dua bulan Ramadhan dan Zulhijjah yang hanya 3 bulan sahaja. Tambahan lagi, umat Islam rata-ratanya lebih suka bersedekah di bulan Ramadan ini untuk mengambil peluang mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT ke atas setiap amal samada yang sunat maupun yang wajib.

Kami dari Sekreteriat QHS dan Al-B.I.R. mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua dermawan yang telah menyokong projek ini. Semuga Allah SWT memberkati usaha-usaha anda semua, ameen.

Wassalam~
Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini
Presiden, ACT Malaysia