Juga kepada rakan-rakan lain yang sudi membantu berqurban di Mindanao walaupun kempen untuk qurban kiri kanan depan belakang.. macam-macam organisasi, surau, masjid, jamaah dll... yang membuat program qurban ini. Ada kawan sampai minta maaf kepada saya kerana dah komit kepada ngo lain. Saya kata.. tak apa itu rezeki orang lain bukan rezeki Mindanao. Yang lawaknya ada seorang sahabat yang saban tahun bagi mesej yang dia buat qurban di tempat lain melalui ngo lain... tiba-tiba dia sms pula kepada saya dengan mengatakan yang dia nak qurban seekor lembu melalui ACT Malaysia. Yang lawaknya kata dia lagi lepas dia komit kepada ACT esoknya bertalu-talu kempen qurban dari ngo-ngo lain... :-). Itulah namanya rezeki..
Sekarang dah hampir 28/29 ekor lembu. Saya sering melawak kepada kawan-kawan... kalau dapat kurang dari 20 lembu setahun "Datu"ship saya akan ditarik balik dan malulah saya nak ke Mindanao nanti... heheheheh..
Apapun... jazakumullahukhairan kathiira kepada yang menyumbang. Tak rugi menyumbang kepada orang yang susah (anak yatim, ibu tunggal, pelarian perang dan orang dhaif) di bumi jihad Mindanao kerana pahalanya berlipat kali ganda insyaAllah.
Wsalam, Datu Mustafa Kamal, Presiden ACT Malaysia.
No comments:
Post a Comment