Friday, December 12, 2008

VIDEO AWAL BEBERAPA PELAKSANAAN QHS

Friday, December 5, 2008

"BUMPER QURBAN" UNTUK MINDANAO TAHUN INI?


Alhamdulillah buat pertama kalinya ada tambahan NGO dari Malaysia yang akan menghulurkan bantuan ke Mindanao. Yayasan Amal, sebuah NGO kemanusiaan yang besar dan sangat dihormati di Malaysia akan ke sana tahun ini dengan sumbangan kalau tak silap saya 33 ekor lembu dan pelbagai ubat-ubatan. Team Yayasan amal datang dengan doktor-doktor, dan juga yang paling menarik Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan. Dalam perancangan awal dia akan menyanyikan lagu-lagu nasyid untuk umat Islam di sana terutamanya di kem-kem pelarian.

TERAS juga ada sumbangan mereka. Terutamanya di dalam advokasi.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) saban tahun sejak tahun 2001 sudah menyumbang ke Mindanao. Rasanya tahun ini dalam 30 ekor lebih dari JIM ke Mindanao melalui pelbagai NGO di Mindanao yang menyalurkannya kepada yang memerlukan.

Secara peribadi, saya sendiri berjaya meyakinkan Dompet Dhuafa Indonesia untuk berkongsi 30 ekor lembu untuk umat Islam di Mindanao. Munkin ada satu dua lagi NGO dari Malaysia yang ke sana yang tidak declare, jadi saya tidak tahulah. Setakat ini, yang di atas sahaja yang saya tahu selain ACT Malaysia.

Alhamdulillah setakat ini ACT Malaysia sudah mengumpulkan hampir 38.5 ekor lembu untuk Mindanao. Kami sangat bersyukur, kerana pasukan kami sangat kecil (malu nak cakap berapa orang). Jadi, untuk kami jumlah ini kira dah besar, alhamdulillah.

Akhirnya setelah beberapa tahun melobi sana melobi sini, sudah mula NGO dari Malaysia mahu masuk ke Mindanao. TV-TV di Malaysia terutamanya ASTRO sudah beberapa kali menayangkan siri rencana tentang konflik di Mindanao.

Apapun, alhamdulillah, "BUMPER QURBAN" tahun ini, walaupun tak begitu banyak secara total tetapi tetap signifikan kerana ianya dari Malaysia.

Wassalam~

Dato' Mustafa Kamal
Presiden, ACT Malaysia

Thursday, December 4, 2008

PEMBANTU RUMAH INDON PUN BUAT QURBAN UNTUK MINDANAO???

Sebenarnya saya sendiri tak percaya. Bukan nak merendahkan orang, tetapi pembantu rumah dari Indonesia? Is this for real? Apa cerita di sebaliknya?

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang special tentang orang ini. Dia orang susah, kalau tak kenapa perlu merantau bekerja sebagai pembantu rumah. Kerajinannya membuatkan dia mendapat sedikit pendapatan yang lebih, namun apalah lebih sangat kalau kerja-kerja yang dilakukan hanya kerja-kerja membersih rumah.

Namun saya terpanggil untuk menulis, kerana saya sendiri tercabar. Orang susah macam ini pun boleh buat satu bahagian....

Inilah agaknya petunjuk dari Allah SWT kepada mereka-mereka yang mampu makan di luar, hidup dalam kemewahan... pembantu rumah yang susah ini pun sebenarnya mampu dan mahu mengerjakan qurban kepada Allah SWT.

Tak kisahlah Tuan-tuan/Puan-puan nak qurban kat mana-mana pun. Banyak tempat kita boleh buat qurban ni. Pokoknya contoh yang diberi oleh pembantu rumah ini sungguh mengusik hati dan tentunya bagi orang-orang yang mampu dan beriman hati mereka akan juga tercabar.

Wassalam

Dato' Mustafa Kamal
ACT Malaysia

Tuesday, December 2, 2008

PERSIAPAN AKHIR PELAKSANAAN QURBAN FOR HUMANITY AND SOLIDARITY (QHS)


Kepada para-para donator dermawan yang dirahmati Allah SWT,

Persiapan akhir sedang pesat dilaksanakan oleh partner NGO ACT Malaysia di Mindanao, Mindanao True Word Association (MTWA) untuk melaksanakan qurban dalam 30 ekor lembu dari Malaysia (setakat ini) pada Eidul Adha ini. Survey-survey tapak pelaksanaan yang terdiri dari majoritinya kawasan penempatan sementara pelarian perang di Mindanao Tengah. Untuk makluman, sebanyak tambahan 30 ekor lembu lagi diuruskan oleh MTWA bagi pihak Dompet Dhuafa Indonesia dengan koordinasi pihak saya di Malaysia. Dompet Dhuafa Indonesia juga menyumbang atas dasar solidariti ummah dengan umat Islam Mindanao.

InsyaAllah persiapan-persiapan itu termasuklah pendataan penerima (recepients), sekuriti, pengangkutan, penyediaan banner, tukang-tukang sembelih dan sebagainya. Komunikasi dengan taukeh-taukeh lembu juga diteruskan kerana biasalah di dalam last minute ini ramai lagi yang akan menyumbang. Komitmen dari mereka sudah dicapai atas dasar harga tidak akan dinaikkan di akhir-akhir masa eid nanti dan juga jumlah bekalan lembu sekiranya ada pesanan yang 'last-minute'.
(nota: tarikh tutup QHS adalah 6 disember, 2008)

Apakan daya, hati ini memang mahu ke sana namun kekangan-kekangan dunia tidak memunkinkan ianya berlaku buat masa ini. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang bergejolak di dalam hati ini dan juga Dia juga yang mengizinkan atau tidak mengizinkannya berlaku.

Jutaan terima kasih dari pihak umat Islam Mindanao, wa jazaakumullahu khairan kathiira kepada semua yang telah memberi sokongan dan sumbangan yang sangat-sangat bermakna kepada umat Islam Mindanao yang sedang menderita.

Ws,
Dato Mustafa Kamal
Presiden, ACT Malaysia