Friday, December 5, 2008

"BUMPER QURBAN" UNTUK MINDANAO TAHUN INI?


Alhamdulillah buat pertama kalinya ada tambahan NGO dari Malaysia yang akan menghulurkan bantuan ke Mindanao. Yayasan Amal, sebuah NGO kemanusiaan yang besar dan sangat dihormati di Malaysia akan ke sana tahun ini dengan sumbangan kalau tak silap saya 33 ekor lembu dan pelbagai ubat-ubatan. Team Yayasan amal datang dengan doktor-doktor, dan juga yang paling menarik Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan. Dalam perancangan awal dia akan menyanyikan lagu-lagu nasyid untuk umat Islam di sana terutamanya di kem-kem pelarian.

TERAS juga ada sumbangan mereka. Terutamanya di dalam advokasi.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) saban tahun sejak tahun 2001 sudah menyumbang ke Mindanao. Rasanya tahun ini dalam 30 ekor lebih dari JIM ke Mindanao melalui pelbagai NGO di Mindanao yang menyalurkannya kepada yang memerlukan.

Secara peribadi, saya sendiri berjaya meyakinkan Dompet Dhuafa Indonesia untuk berkongsi 30 ekor lembu untuk umat Islam di Mindanao. Munkin ada satu dua lagi NGO dari Malaysia yang ke sana yang tidak declare, jadi saya tidak tahulah. Setakat ini, yang di atas sahaja yang saya tahu selain ACT Malaysia.

Alhamdulillah setakat ini ACT Malaysia sudah mengumpulkan hampir 38.5 ekor lembu untuk Mindanao. Kami sangat bersyukur, kerana pasukan kami sangat kecil (malu nak cakap berapa orang). Jadi, untuk kami jumlah ini kira dah besar, alhamdulillah.

Akhirnya setelah beberapa tahun melobi sana melobi sini, sudah mula NGO dari Malaysia mahu masuk ke Mindanao. TV-TV di Malaysia terutamanya ASTRO sudah beberapa kali menayangkan siri rencana tentang konflik di Mindanao.

Apapun, alhamdulillah, "BUMPER QURBAN" tahun ini, walaupun tak begitu banyak secara total tetapi tetap signifikan kerana ianya dari Malaysia.

Wassalam~

Dato' Mustafa Kamal
Presiden, ACT Malaysia

No comments: